Saturday, March 31, 2012

'APRIL FOOL' OR 'APRIL MOP'

Assalamualaikum n selamat pagi..

hari ini bertarikh 1 april bukan???..n3 zie kali nie bkn maw mnyambut 'april fool' but,maw kongsi ada apa dengan april fool @ april mop....kepada sesiapa yg suda taw mnyambut perayaan ini alhmdlh..tapi lau belum taw zie maw gtau hukumnya adalah HARAM..
OK,seandainya kta di tnya kenapa xle sambut perayaan ini....jom sm2 kta bc untuk pgetahuan....(p/s: ble la kta kuat kan hujah unt patahkan kata2 org yg xmaw trma kbnaran disebalik menyambut 'april fool'......)

April Fool? ☚
Hari ini adalah 1 April 2012.Ada apa
dengan 1 April? April fool? Ya ! 1
April merupakan April Fools
Day.Orang Barat menyebutnya
sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan
april fool? Ramai orang Islam kini
tidak tahu apa yg terkandung dalam
april fool,yg mereka tahu ialah april
fool adalah hari dimana boleh
membodohkan orang atau
mengenakan orang lain serta hari yg
boleh dibuat kejutan.Sayangnya tidak
ramai yg tahu asal usul april fool
ini.Namun tahukah anda jika perayaan
tersebut sesungguhnya berasal dari
sejarah kekejaman tentara Salib
terhadap Muslim Sepanyol(Andalus)?
Perayaan April fool yang selalu
diakhiri dengan kegembiraan dan
kepuasan itu sesungguhnya berawal
dari satu tragedi besar yang sangat
menyedihkan dan memilukan. April
Mop atau The April’s Fool Day
berawal dari satu episode sejarah
Muslim Spanyol di tahun 1487 atau
bertepatan dengan 892 H. Sebelum
sampai pada tragedi tersebut, ada
baiknya kita mengimbau sejarah
Sapanyol ketika masih di bawah
kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad
ke-8 M oleh Panglima Thariq bin
Ziyad, Spanyol berangsur-angsur
tumbuh menjadi satu negeri yang
makmur. Pasukan Islam tidak saja
berhenti di Sepanyol, namun terus
melakukan pembebasan di negeri-
negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah
dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes,
Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan
sebagainya jatuh. Walau sangat kuat,
pasukan Islam masih memberikan
toleransi kepada suku Goth dan
Navaro di daerah sebelah Barat yang
berupa pegunungan.Islam telah
menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap
para penguasa Islam begitu baik dan
rendah hati, maka ramai penduduk
Sepanyol yang kemudian dengan
tulus dan ikhlas memeluk Islam.
Muslim Sepanyol bukan hanya
beragama Islam, namun mereka
sungguh-sungguh mempraktikkan
kehidupan Islam. Mereka tidak hanya
membaca Al-Qur’an tapi juga
bertingkah laku berdasarkan Al-
Qur’an. Mereka selalu berkata tidak
untuk muzik, arak, pergaulan bebas,
dan segala hal yang dilarang Islam.
Keadaan tenteram seperti itu
berlangsung hampir enam abad
lamanya.Selama itu pula kaum kafir
yang masih ada di sekeliling Sepanyol
tanpa kenal lelah terus berupaya
membersihkan Islam dari Sepanyol,
namun mereka selalu gagal. Telah
beberapa kali dicuba tapi selalu tidak
berhasil. Dikirimlah sejumlah
pengintip untuk menyiasat kelemahan
umat Islam di Sepanyol. Akhirnya
pengintip itu menemukan cara untuk
menaklukkan Islam di Spanyol, yakni
melemahkan iman mereka dulu
dengan jalan serangan pemikiran dan
budaya.Maka mulailah secara
sembunyi-sembunyi mereka
mengirim alkohol dan rokok secara
percuma ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk menarik
minat kaum muda agar lebih suka
bernyanyi dan menari daripada
membaca & mendengar ayat-ayat
Qur’an. Mereka juga mengirim
sejumlah ulama palsu yang ditugaskan
meniup-niupkan perpecahan di dalam
tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-
kelamaan upaya ini membuahkan
hasil.

Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai
pasukan Salib. Penyerangan oleh
pasukan Salib benar-benar dilakukan
dengan kejam tanpa mengenal peri
kemanusiaan. Tidak hanya pasukan
Islam yang dibunuh tapi termasuk
juga penduduk awam, wanita, anak-
anak kecil, orang-orang tua,
semuanya dibunuh dengan sadis.Satu
persatu daerah di Sepanyol jatuh,
Granada adalah daerah terakhir yang
ditaklukkan. Penduduk-penduduk
Islam di Sepanyol (juga disebut orang
Moor) terpaksa berlindung di dalam
rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian terus mencari
& mengejar mereka.Ketika jalan-jalan
sudah sepi, yg tinggal hanya sisa
ribuan mayat yang bergelimpangan
bermandikan darah, tentera Salib
mengetahui bahwa ramai Muslim
Granada yang masih bersembunyi di
rumah-rumah. Dengan lantang
tentera Salib itu mebuat
pengumuman bahwa para Muslim
Granada boleh keluar dari rumah
dengan aman dan diperbolehkan
berlayar keluar dari Sepanyol dengan
membawa barang-barang keperluan
mereka. “Kapal-kapal yang akan
membawa kalian keluar dari Sepanyol
sudah kami persiapkan di pelabuhan.
Kami menjamin keselamatan kalian
jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah
ini maka kami tidak lagi memberikan
jaminan!” demikian helah tentera
Salib.Orang-orang Islam masih curiga
dengan tawaran ini. Beberapa dari
orang Islam diperbolehkan melihat
sendiri kapal-kapal penumpang yang
sudah dipersiapkan di pelabuhan.
Setelah benar-benar melihat ada kapal
yang sudah dipersiapkan, maka
mereka segera bersiap untuk
meninggalkan Granada bersama-sama
menuju ke kapal-kapal tersebut.

Keesokan harinya, ribuan penduduk
Muslim Granada yang keluar dari
rumah-rumahnya dengan membawa
seluruh barang-barang keperluannya
berjalan menuju pelabuhan. Beberapa
orang Islam yang tidak mempercayai
tentera Salib bertahan dan terus
bersembunyi di rumah-rumahnya.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol
berkumpul di pelabuhan, dengan
cepat tentera Salib menggeledah
rumah-rumah yang telah ditinggalkan
penghuninya & membakarnya.Api
marak menjulang ketika para tentera
Salib itu membakar rumah-rumah
tersebut bersama orang-orang Islam
yang masih bertahan di
dalamnya.Sedang ribuan umat Islam
yang tertahan di pelabuhan terpana
ketika tentera Salib juga membakar
kapal-kapal yang dikatakan akan
mengangkut mereka keluar dari
Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan
cepat tenggelam. Ribuan umat Islam
tidak bisa berbuat apa-apa kerana
mereka tidak bersenjata. Mereka juga
kebanyakan terdiri dari para
perempuan dan anak-anaknya yang
masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib
itu telah mengepung mereka dengan
pedang terhunus.Dengan satu
teriakan arahan dari pemimpinnya,
ribuan tentera Salib itu segera
membunuh dan menghapuskan umat
Islam Sepanyol tanpa perasaan belas
kasihan. Jerit tangis dan takbir
membahana.Seluruh Muslim Sepanyol
di pelabuhan itu habis dibunuh
dengan kejam. Darah mengalir di
mana-mana. Laut yang biru telah
berubah menjadi merah kehitam-
hitaman. Tragedi ini bertepatan
dengan tanggal 1 April. Inilah yang
kemudian diperingati oleh dunia
Kristian setiap tanggal 1 April sebagai
April Mop (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Mop tentu
merupakan tragedi yang sangat
menyedihkan. Hari di mana ribuan
saudara-saudaranya seiman
disembelih dan dibunuh oleh tentera
Salib di Granada, Sepanyol.Oleh
kerana itu tidak patut jika ada orang
Islam yang turut serta merayakan
tradisi ini kerana dengan merayakan
April Mop, sesungguhnya orang-orang
Islam itu ikut bergembira dan tertawa
atas tragedi tersebut. Siapa pun orang
Islam yang turut merayakan April
Mop, maka ia sesungguhnya tengah
merayakan ulang tahun pembunuhan
ribuan saudara-saudaranya di
Granada, Sepanyol beberapa abad
silam.

*Jadi,adakah anda juga termasuk orang
yang merayakannya?......~fikir2lah sedalam2nya...renung2kanlah seketika~

No comments:

Post a Comment