Showing posts with label Sketsa. Show all posts
Showing posts with label Sketsa. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

ADAKAH SOLATKU DITERIMA?

Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t. antaranya :-

* orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

* orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeuarkan zakat.

* orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

* orang lelaki yang melarikan diri.

* orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

* orang perempuan yang suaminya marah padanya.

* orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

* imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

* orang-orang yang suka makan riba'.

* orang yang solatnya tidak dapat menahannya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

..................................................(Renungkanlah)

SOLAT PENGHAPUS DOSA

Terjemahan: "Sesiapa yang datang berjumpa dengan tukang tilik lalu mempercayainya maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad s.a.w.."
....................................................................(Riwayat Abu Daud)


Ibn Mas'ud r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "menjelangnya waktu solat, seorang malaikat telah ditugaskan supaya menyeru : 'Hai anak Adam! Bangunlah dan padamlah api yang sedang kamu nyalakan untuk membakar dirimu.' Manusia pun bengun, berwuduk dan bersolat zohor. Ini menyebabkan dosa-dosa yang dilakukan sejak dari terbit matahari akan terampun. Demikian diulangi pada waktu asar, maghrib dan isyak. Selepas isyak manusia tidur tetapi ada golongan yang sibuk mengerjakan kebaikan dan ada golongan yang mengerjakan maksiat."

SOLAT SEBAGAI BENTENG

semasa Umar al-Khattab r.a menjadi khalifah, beliau telah mengeluarkan satu pengisytiharaan kepada sekalian pegawai dalam kerajaannya iaitu :...."Aku melihat solat sebagai satu kewajipan yang paling utama. Seseorang yang memberi penuh perhatian pada solatnya, Insya Allah akan menjaga suruhan agama yang lain.
Tetapi jika dia meninggalkan solat, dengan mudah dia akan meninggalkan suruhan Allah dan agama yang lain."

SEKSA MELENGAHKAN SOLAT

Diberitakan bahawa di dalam neraka Lamlam terdapat sebuah lembah.
Di dalam lembah itu terdapat ular-ular berbisa sebesar leher unta yang gemuk dan panjangnya adalah sebulan perjalanan. Lembah ini akan ditempatkan orang-orang yang melengahkan solat dan mereka akan diseksa dengan azab yang dahsyat..