Sunday, May 16, 2010

Pada-Mu ku Bersujud

Kelmarin jiwa diruntun resah
Dek keputusan ujian ketentuan Allah
Jiwaku merintih dalam senyuman hambar
Pedih terasa tak siapa yg tahu
Kerana ku simpan ia kemas
Di hatiku.....

Berita itu tak mampu ku unggapkan
Riak riang wajahku
Terpaksa ku sembunyikan dr semua
Yg pasti ingin meleraikan persoalan ini
Antara keterpaksaan atau qada' qadar Tuhan.....

Saat ini bgku
Realiti begitu menyakitkan
Puas ku pujuk hati yg mula rajuk
Akhirnya pada Tuhan aku bersujud

Ku panggil panggil azimat berharga
Menuntut jgn berputus asa
Setiap ujian ada hikmahnya
ada tersiratnya.....

Kepayahan kali ini
Kumohon pada Tuhan
Jgnla ia satu hukuman
Gantikan ia dgn 1000 pengajaran
Yg mampu ku rungkaikan dgn aman.........

No comments:

Post a Comment